Monday, September 7, 2009

SEKILAS RESTU ILMU



Pn Rusnani sedang menerangkan sesuatu kepada rakan guru.
Persiapan banting UPSR untuk digantung di dinding yang dihiasi dengan kata-kata hikmat.
Kata-kata semangat dan dorongan dilakarkan di atas helaian kain putih.
Sesi memohon maaf dan bersalaman.
Pohon restumu guru, moga kami berjaya.
Bersalaman dengan Tuan Guru Besar dan guru-guru lelaki.
" Kami berdua mendoakan semua calon UPSR dapat menggunakan segala ilmu yang telah diajarkan dengan baik dan sempurna dalam UPSR nanti".
"Tiada kasih semurni kasih ibu, kami sudah menganggap kalian semua seperti anak kami sendiri. Berjuanglah untuk masa depan kalian...kami restui".
Guru-guru menuliskan kata-kata perangsang buat calon UPSR.
Pengerusi dan AJK PIBG turut mencoretkan kata semangat buat calon Suria 1.
"Saya ingin memohon restu cikgu....ampunkan segala kesalahan kami......"
"Kami restui dan doakan kalian berjaya".
Calon UPSR bersama PK HEM, En Sahimi Mohamad.
Calon-calon target 5A bergambar dengan PK HEM.
"Apa lagi nak tulis ni....tak de idea laaa...."
"Nanti kejap, saya pun nak tulis jugak!"
'Hmmmm....bila la nak siap nie....wei, marila tulung nie..."
""Terima kasih kerana jemput saya. Saya tak sangka glamour gak saya nie, he he he.... Tapi tak kan nak sain autograf atas kain putih nie....."
"Dengar molek apo cikgu cakap nie....esok cikgu malah royak doh!"
"Anda sekarang menyaksikan acara ini secara live dari Tanah Merah. Sekian, salam satu Malaysia. Saya Zainal JJ melaporkan untuk Buletin Utama."
"I rasa shy plak nak give speech depan audiens nie. Maklumlah produk kecantikan I pun tak keluar lagi. Saje je buat promosi ni. Penjenamaan semula..."
"Buktikan anda boleh melakukannya."

Read more...

MAJLIS RESTU ILMU UPSR 2009

Majlis Restu Ilmu telah diadakan pada 6 September 2009 bersamaan dengan 13 Ramadhan 1430 Hijrah bertempat di surau As-Syakirin, SK Sri Suria (1).

Pn Rusnani, KP Bahasa Melayu sedang memberi amanat. Pengerusi PIBG menyampaikan ucapan. Bacaan doa pimpinan Ustaz Wan Hassan. Antara guru-guru lelaki yang hadir.

Majlis tahun ini dinamakan Majlis Semarak Kasih Restui Daku telah disertai oleh semua calon UPSR , wakil PIBG serta guru-guru. majlis dimulakan dengan tayangan slaid bertajuk 'Iqra' oleh Ustaz Safuan Hassan. Bacaan doa bagi memberkati majlis telah dipimpin oleh Ustaz Wan Hassan Wan Abu Bakar.

Majlis diteruskan dengan ucapan Ketua Murid yang menyatakan penghargaan kepada semua guru yang telah mendidik mereka disamping memohon agar direstui segala ilmu yang telah dicurahkan. Selanjutnya ucapan daripada Ketua-ketua Panitia Mata Pelajaran yang merupakan amanat dan pesanan kepada semua calon didahului oleh Pn Rusnani Yusoff (KPBM), Pn Nor Azilawati Badaruddin (KPBI), Pn Harishahima Haber (KPMate) dan Pn Che Eshah Che Mamat (KPSains). Seterusnya amanat daripada Tuan Guru Besar, Tn Hj Tengku Hamzah Ku Seman kepada semua calon.

Kemudian, majlis diteruskan dengan wakil-wakil dari setiap kelas Tahun 6 memohon restu dari Tn Guru Besar yang mewakili semua guru. Majlis diakhiri dengan semua calon bersalaman dengan semua guru. Majlis ini adalah sebagai simbolik yang menjadi pemangkin kepada kejayaan murid-murid dan menunjukkan keikhlasan dan kesucian hati kedua-dua belah pihak dalam menuntut ilmu dan mencurahkan ilmu. Sekian.

Read more...

Friday, September 4, 2009

SOLAT HAJAT PERDANA UPSR 2009

Antara alatulis dan air tawar yang diletakkan di hadapan mimbar.

Antara para bapa yang hadir bersama anak-anak mereka.

Tuan Guru Besar sedang berbual dengan Tuan Imam dan beberapa orang AJK PIBG selepas solat.

PK HEM mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu dan membahagi-bahagikan sedikit buah tangan iaitu kurma untuk berbuka.

PK HEM, En Sahimi Mohamad sedang membahagikan kurma kepada para jemputan.

InsyaAllah doa yang tulus akan diberkati olehNya. Selamat berjaya!

Ya Allah, berkatilah usaha kami. Semoga kejayaan milik kami.

Calon-calon menunggu majlis bermula.

Antara para guru dan para ibu calon yang berada di saf belakang.

Menunggu saat bermulanya majlis.

Antara jemputan yang hadir.

Pemandangan di dalam surau.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin dan kemudian solat hajat berjemaah.

Antara calon-calon UPSR lelaki yang hadir.

Majlis Solat Hajat Perdana diadakan di Surau Al Syakirin.

Untuk makluman semua warga Suria 1 dan para ibu bapa calon UPSR 2009, suatu majlis sembahyang hajat akan diadakan sebagaimana berikut dan dijemput semua menyertainya. Terima kasih.

NAMA MAJLIS : MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA UPSR 2009
JEMPUTAN : SEMUA GURU & CALON UPSR 2009 BERSAMA IBU BAPA CALON
MASA : 2.30 PETANG (SELEPAS SOLAT JUMAAT)
TARIKH: 4 SEPTEMBER 2009
TEMPAT: SURAU AL SYAKIRIN, SK SRI SURIA (1)
TENTATIF: SOLAT HAJAT DAN BACAAN YAASIN
* KEPADA SEMUA CALON: SILA BAWA ALATULIS UNTUK PEPERIKSAAN, AIR TAWAR DAN SURAH YAASIN. HARAP MAKLUM.

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP