Thursday, October 22, 2009

SANTAPAN KEJAYAAN

RESEPI BELAJAR

Bahan-bahannya:

1. Buku secukupnya(ikut selera masing-masing)
2. Sebuah ketekunan
3. 3 mangkuk kerajinan
4. 4 hiris keinsafan
5. 5 keping kasih sayang
6. Beberapa potong kasih
7. Segenggam harapan
8. 1/3 cawan air mata keinsafan
9. Semangkuk azam
10. Sekuntum A untuk hiasan

Cara membuatnya:
1.Ambil beberapa buah buku(ikut selera) dan gaulkan dengan azam.
2.Biarkan seketika sehingga kedua-duanya sebati.
3.Ketekunan diperah untuk dijadikan 1 liter pati kesungguhan dan 2 liter pati usaha.
4.Keyakinan,kasih sayang,nasihat,doa dan harapan digaulkan bersama.
5.Kemudian titiskan air mata keinsafan.
6.Kasih sayang dan harapan digoreng bersama kasih sebagai penambah perisa.
7.Tambahkan sedikit kerajinan.
8.Akhir sekali,masukkan kesungguhan serta beberapa hiris nasihat dan doa.
9.Taburkan dengan keimanan serta tawakal kepada Allah.

Cara menjamahnya:

1.Apabila sudah masak(berjaya)rasakanlah kelazatannya(hasil),jika kurang sedap,tambahkan lagi ketekunan dan kerajinan secukupnya.
2.Hidangkan dengan sebuah kesyukuran untuk mencantikkannya lagi.
3.Hiasilah dengan seyuman.
4.Jangan masukkan dendam,hasad dengki serta malas.
Bahan-bahan ini hanya akan merosakkan hidangan ini.
Selamat menjamah.

:)Pesanan Editor: Bulan Syawal bulan kemenangan, setelah sebulan menahan nafsu, dan kini bermulalah medan bertempur hasil latihan di bulan Ramadhan. Ayuh sahabat semua, sama-sama berusaha untuk berjaya di dunia, dan akhirat terutamanya.
Sumber: http://www.iluvislam.comsumayyah90/ (editor:lailatulema)

Read more...

Wednesday, October 21, 2009

JOGATHON KE LOJI AIR BUKIT SRI REMAH


Pada 20 Oktober murid-murid Tahun 6 telah menyertai aktiviti lasak iaitu Jogathon ke Loji Air Bukit Sri Remah.



Pelbagai aktiviti lasak diadakan untuk menguji ketahanan fizikal dan mental pelajar-pelajar.


Seronok jugak bila sesekali dapat makan nasi bungkus kat atas padang nie....



Antara aktiviti yang diadakan ialah Lambung Kasih, Tiup Belon dan Berjalan Atas Kayu.


Read more...

NATIONAL SPELLING COMPETITION 2009
















Read more...

Saturday, October 3, 2009

MAJLIS MENGHANTAR PN ZAKIYAH OTHMAN

Pada 28 September, rombongan dari SK Sri Suria (1) telah berkonvoi ke SK Tok Che Dol untuk Majlis Menghantar Pn Zakiyah bt Othman yang dengan rasminya bertukar ke sekolah tersebut sebagai Penolong Kanan KoKurikulum.


Pelukan terakhir buat seorang sahabat, kakak dan ibu. Semoga silaturrahim antara kita berkekalan.

Pn Rosnida membawa persembahan untuk warga SK Tok Che Dol.

Antara persembahan yang turut dibawa bersama rombongan.

Ucapan sulung daripada Pn Zakiyah kepada warga kedua-dua buah sekolah.

Dari kiri : Pn Hjh Wan Saudah (PK 1), Pn Rozimah (Isteri Tn Hj Tg Hamzah) dan Pn Zakiyah sedang mendengar ucapan Guru Besar SKSS1.

Antara barisan pentadbir SK Tok Che Dol bersama En Sahimi (PK HEM).

Barisan pentadbir di bilik Guru Besar SK Tok Che Dol.

Rombongan menuju ke bilik PSS SK Tok Che Dol di mana majlis akan dilangsungkan.

Pos istimewa Pn Zakiyah bersama Pn Hjh Wan Saudah.

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP