PROGRAM TAKE THE CHALLENGE
Program ‘take the Challenge’ telah dilancarkan oleh Panitia Bahasa Inggeris SK Sri Suria 1 pada bulan Februari 2010, dibawah kelolaan 2 guru Bahasa Inggeris iaitu Pn Anida bt Che Ismail dan Pn Faridah bt Kadir. Objektif program ini adalah untuk membantu murid dalam penulisan Bahasa Inggeris kertas 2, bahagian A. Program ini berkonsepkan pembelajaran interaktif dan bimbingan rakan sebaya.
Murid-murid digalakkan untuk menulis ayat-ayat untuk menerangkan tentang gambar yang telah ditampal oleh guru diruang yang disediakan. Guru akan memeriksa ayat yang ditulis oleh murid dari masa ke semasa. Setelah diperiksa, murid akan menyalin ayat yang betul ke dalam buku log yang telah disediakan. Penglibatan murid dalam program ini akan dipantau melalui log tersebut. Hadiah bagi penglibatan yang aktif disediakan setiap bulan.
Pada bulan April, program ini mengalami penambahbaikan apabila ia dijadikan pertandingan skrap. Tujuan dibuat begitu agar semua murid melibatkan diri dalam program ini.
Gambar di atas :
Pemenang Pertandingan MY SCRAP BOOK- TAKE THE CHALLENGE bagi bulan April.
Pemenang pertama : ANIS ATINA MOHAMMAD ROSLAN (6B)
Pemenang kedua : NURUL AFINA BT AHMAD FAUZI (6B)
Pemenang ketiga : MUHD SYAHMEEN BIN ASYRAF (6B)
ANTARA HASIL SKRAP BOOK YANG DIMENANGI PESERTA BULAN APRIL
Read more...